Tags

, , , ,

 
Pemerintah yang baik untuk apa pun tidak seharusnya mengemis rakyatnya untuk diperintah olehnya.” – Socrates –
 
Kepimpinan merupakan elemen penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu organisasi.
Kepimpinan boleh ditakrifkan sebagai sifat pentadbir yang mengurus sesuatu organisasi ke arah sesuatu matlamat tertentu.

Kepimpinan memerlukan kepakaran mengurus dan kemahiran teknikal tertentu untuk menggerakkan kakitangannya bekerja dengan penuh tanggungjawab selari dengan kerangka dasar organisasi.

Tunggak kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kepada pengurusannya yang berwawasan (mission driven organization) dan cabaran yang terbesar ialah untuk memastikan organisasi bergerak berlandaskan wawasan, fungsi dan mempunyai pelan tindakan yang jelas.

 
Dalam organisasi terdapat tiga tingkat kepimpinan iaitu, kepimpinan pengurusan tingkat tertinggi, tingkat menengah dan tingkat bawahan.
 
Kepimpinan tingkat tertinggi dikenali sebagai kumpulan pengurusan dan profesional manakala kepimpinan peringkat menengah pula dikenali sebagai kumpulan sokongan.
 
Kumpulan tingkat rendah pula terlibat dalam pengurusan penyeliaan.
 
Anggota organisasi/pekerja ialah pelaksana perancangan dan wawasan organisasi.
 
Jika semangat bekerja di kalangan anggota organisasi/pekerja menurun sudah pasti prestasi yang bermutu sukar dicapai.
 
Anggota organisasi/pekerja sebagai pelaksana tugas mesti mempunyai sikap yang maju terhadap tugas yang diamanahkan.
 
Seorang pemimpin memberi inspirasi.  Mereka menjadi jurulatih, mendorong dan membimbing.
Untuk itu, si pemimpin harus sentiasa belajar (meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya) dan meningkatkan kefahamannya tentang tugas-tugas tertentu yang berkaitan berkomunikasi dengan baik dan berkesan.
 
Dia juga harus memahirkan dirinya dalam membina pasukan, visi, menilai dan mengambil risiko selain berupaya dengan baik menilai individu, kumpulan dan tanggungjawabnya.
 
Kepimpinan seorang pemimpin dalam organisasi juga seharusnya memiliki sikap yang memberi keutamaan kepada keperluan menjayakan pencapaian tanpa mengetepikan kebajikan anggota organisasi/pekerjanya di semua peringkat.
 
Kemampuan pemimpin untuk memberi keutamaan dan menyesuaikan diri, berdasarkan konteks, adalah penting untuk membina sebuah organisasi berprestasi tinggi dalam jangka masa pendek dan panjang.