Tags

, , , ,

Transformasi luar bandar adalah suatu proses di mana perbezaan ekonomi, sosial dan budaya yang jelas antara bandar dan luar bandar secara beransur-ansur kabur dan bergabung ke dalam satu sama lain.

Transformasi luar bandar sebenarnya memberikan kebaikan kepada pembangunan dan peningkatan ekonomi rakyat dan menjadi pemangkin kepada transformasi sosial yang lebih besar.

Masalah pembangunan di kawasan luar bandar saling berkait dan berkenaan perlu ditangani bersama-sama.

Oleh yang demikian, adalah penting peluang kepada golongan miskin luar bandar untuk menggunakan keupayaan diri mereka dengan berkesan dan meningkatkan kualiti hidup mereka perlu disediakan.

Akses kepada pendidikan berkualiti perlu ditingkatkan agar masyarakat luar bandar ini dapat menjadikannya batu loncatan keluar dari kemiskinan kronik.

Akses kepada perkhidmatan kesihatan yang mencukupi perlu disediakan untuk penduduk luar bandar, terutamanya kepada isi rumah berpendapatan rendah.

Kini transformasi luar bandar dan pembangunan luar bandar tidak lagi dikaitkan dengan pertanian, pemodenan pertanian, atau pembangunan pertanian.

Walaupun pertumbuhan ekonomi adalah strategi terbaik untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar dan membangunkan sektor luar bandar, pertumbuhan ekonomi dalam ekonomi luar bandar juga strategi yang terbaik untuk mempromosikan transformasi luar bandar.