Tags

, , , , , ,

“Manusia sering menjadi apa yang dia percaya akan dirinya. Jika saya terus berkata kepada diri saya bahawa saya tidak boleh melakukan satu perkara yang tertentu, saya mungkin berakhir dengan benar-benar menjadi tidak berupaya untuk melakukannya. Sebaliknya, jika saya mempunyai kepercayaan bahawa saya boleh melakukannya, tentunya saya akan memperoleh keupayaan untuk melakukannya walaupun saya mungkin tidak memilikinya pada permulaannya.”- Mahatma Gandhi

Sejak dari kita lahir lagi, kita menerima dua jenis mesej iaitu positif dan negatif daripada persekitaran kita.

Semua mesej, diprogramkan ke dalam minda bawah sedar kita yang bergabung dan mengadun untuk mewujudkan sistem budaya kita.

Persepsi adalah elemen yang merangkumi aktiviti kita yang melihat, pendengaran yang kita perolehi, sentuhan yang kita rasa, bau yang kita menghidu dan deria rasa yang kita nikmati.

Persepsi juga adalah berkait rapat dengan sikap. Persepsi adalah proses di mana organisma mentafsir dan mengatur sensasi untuk menghasilkan satu pengalaman yang bermakna di dunia (Lindsay & Norman, 1977).

Persepsi adalah lebih daripada sekadar penerimaan secara pasif maklumat yang sampai kepada kita. Persepsi sebenarnya adalah satu proses yang aktif.

Kita juga harus sentiasa ingat bahawa persepsi bukanlah sesuatu yang dilakukan dengan penglihatan mata kita atau pendengaran oleh telinga kita atau mana-mana organ rasa tertentu. Ia adalah multi-sensor.

Persepsi adalah alat yang sangat kuat dan ia berupaya membantu kita mencapai matlamat kita.

Persepsi manusia dan kesannya sangat nyata dan berpotensi merubah kehidupan kita.

Kajian juga menunjukkan bahawa risiko dihakimi boleh mendorong perubahan tingkah laku. Persepsi kesan-kesan bahaya merokok, sebagai contoh, boleh mempengaruhi tabiat dan ketagihan.

Apabila kita mengubah persepsi, kita merubah realiti.

Kita berupaya merubahnya dan kerana itu putuskan sekarang untuk bertanggungjawab terhadap persepsi kita sendiri ke atas realiti yang kita hadapi atau ingin hadapi.

Kerana jika tidak, terdapat banyak individu yang akan mengambil kesempatan untuk mengubal persepsi untuk kita, yang mana ini amat pasti tidak akan menguntungkan kita dalam apa situasi pun – kita akan ‘dijadikan hamba’ oleh persepsi yang ‘dikenakan’ ke atas kita.