Tags

, , , ,

Keharmonian masyarakat dan kedaulatan negara, dua elemen ini walaupun pada asasnya nampak mudah namun ia jika tidak dikendalikan dengan berhemah, ketidakstabilan akan berlaku.

Kedua-dua elemen ini sering kali dipandang remeh malah ada yang beranggapan ia bukan suatu yang perlu diambil berat sangat.

Keharmonian kaum adalah satu bahagian penting dalam kehidupan kita.

Keharmonian kaum adalah hasil daripada toleransi dan persefahaman, kewujudan bersama secara aman, kerjasama dan koordinasi antara semua lapisan masyarakat daripada kaum yang berbeza.

Ia diperlukan untuk kemajuan dan pembangunan sesebuah negara.

Keharmonian kaum adalah syarat penting sebenarnya bagi mana-mana masyarakat untuk menikmati pembangunan fizikal, sosial dan alam sekitar yang setara.

Sesebuah negara yang berdaulat seharusnya tidak mempunyai halangan untuk menunjukkan ketuanan dalaman dan kebebasan luarannya.

Sebuah negara berdaulat mesti berupaya untuk menunjukkan ketuanan politik di wilayah sendiri dan menunjukkan kemerdekaan sebenar dari kuasa luar.

Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat iaitu suatu penegasan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka, yang ditadbir oleh rakyat Malaysia yang mengawal hal ehwalnya sendiri.

Mempertahankan kedaulatan dan keharmonian negara adalah tidak ternilai dan tidak boleh digalang ganti.