Tags

, , ,

Kita secara amnya tidak akan mempercayai sesuatu atau perkara atau seseorang 100%

Mengapa?

Ini kerana kita sentiasa membuat penilaian ke atas sesuatu atau perkara atau seseorang.

Kita hanya membuat keputusan untuk menyakini atau mempercayainya setelah kita memperolehi maklumat yang berkaitan dan perlu atau berasa puas dan yakin dengannya serta berasa tetap di atas penilaian dibuat.

Adakah itu bagus?

Tiada jawapan yang tepat.

Kepercayaan adalah suatu yang kita miliki lahir daripada penilaian menyeluruh (kalaupun tidak terperinci) maklumat yang diperlukan bagi sesuatu yang diperlukan.

Ia merupakan keyakinan kita dan akuan kita kepada kebenaran.

Kepercayaan juga sering dikaitkan dengan prinsip iaitu suatu pegangan yang kita tunjangkan dalam melaksanakan aktiviti kehidupan kita.

Kepercayaan yang terunggul adalah yang dikaitkan dengan keyakinan kita kepada  wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya.

Percaya wujudnya Tuhan adalah kepercayaan 100% yang tidak boleh digalang-ganti.

Sebagai manusia yang mempercayai 100% wujudnya Tuhan, kita tidak dapat lari daripada melaksanakan amanah yang diserahkan kepada kita oleh Pencipta kita iaitu melaksanakan suruhanNya dan memakmurkan dunia ini adalah antara suruhanNya.

Kita disuruh memakmurkan dunia ini dalam pelbagai cara, kaedah mahupun pendekatan yag bersesuian agar hubungan sesama manusia dan juga alam lingkungannya dapat dihubungjalinkan menjadi suatu yang harmoni.

Malangnya semakin ramai yang tidak mengerti tentang perkara ini.

Semakin ramai di kalangan kita yang tidak berusaha untuk memakmurkan dunia ini.

Lihat saja apa yang berlaku di sekeliling kita, persekitaran kita, kehidupan sosial, pekerjaan dan perniagaan kita.

Dalam situasi pekerjaan, mempunyai kepercayaan atau keyakinan ke atas orang bawahan, rakan sekerja dan pihak lain yang boleh membantu kita mencapai matlamat organisasi adalah antara syarat yang penting dalam memastiikan organisasi tempat kiita berkhidmat itu beroperasi dengan baik.

Maka kerana itu, tanggungjawab berat sebenarnya terletak di kalangan mereka yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan pengambilan pekerja dan menguruskan hal ehwal dan kebajikan pekerja (bahagian pengurusan sumber manusia).

Ini kerana jika pemilihan yang dibuat bukan berdasarkan keyakinan bahawa si pekerja itu akan memberikan khidmatnya untuk kebaikan organisasi atau si pekerja di bahagian sumber manusia itu sendiri tidak yakin dengan keupayaan pengurusan sumber manusianya, maka sudah pastilah organisasi akan mempunyai tenaga kerja yang tidak produktif malah mereka itu hanylah satu bebanan dan perasit organisasi.

Namun ada juga situasi, pekerja yang bersesuian dan menepati keperluan organisasi telah diambil, tetapi pegawai atasannya pula yang tidak berkeyakinan sehinggkan mereka sering campur tangan dan memperlekeh-lekehkan hasil kerja si pekerja.

Itu suatu masalah besar pada organisasi kerana organisasi mempunyai tumor (pegawai atasan) yang membesar hasil dengan ‘bertenggek’ pada organ yang sihat.

Tumor yang semakin membesar hanya menyebabkan organisasi banyak kehilangan sumber dan melambatkan kemajuannya.

Ramai yang semakin sukar memberikan kepercayaan kepada sesuatu atau perkara atau seseorang jika tidak nampak keuntungan optimum yang akan perolehi.

Dahlah begitu, tidak pula mahu melaksanakan amanah atau tanggungjawab sebagai individu.

Bagi kita yang tahu dan mahu melaksanakan amanah dan tanggungjawab itu, kita sering kali dikenakan hambatan dan halangan seolah-olah apa yang kita cuba buat itu adalah suatu kesilapan dan boleh mendatangkan kemudaratan.

Kerana itu kita lihat banyak kepincangan yang berlaku.

Sebagai individu, kita ada tanggungjawab dan bertanggungjawab melaksanakan amanah yang disandarkan kepada kita.

Teguhkan keyakinan dan kepercayaan kita, pastinya kita akan menemui jalan untuk menunaikannya dengan baik yang mana akhirnya akan dapat memenuhi apa yang dipertanggungjawabkan kepada kita – memakmurkan dunia ini dengan segala isi kandungannya.