Tags

, , , ,

Bila tiada kerja, kita berusaha mencari kerja.

Bila sudah dapat kerja, terdapat di kalangan kita yang ‘terjerumus’ pula untuk mencari ‘kerehatan’ dari pekerjaan kita itu.

Itulah, bila tiada kerja, cari kerja, bila ada kerja ‘malas’ pula hendak buat kerja.

Manusia, sememangnya tidak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang dia miliki.

Sentiasa kononnya hendakkan yang terbaik.

Namun adakah kita tahu apa yang kita ‘anggap’ terbaik itu adalah yang terbaik bagi kita?

Suatu yang baik itu, jika kita tidak tahu menilai dan menghargainya, ia tidak menjadi yang terbaik kepada kita seperti hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang.

Pepatah Inggeris ada menyatakan, one man trash is one man treasure.

Bagi mereka yang ‘sudah’ ada perkerjaan, usah terpengaruh dengan sikap seleweng di kalangan pekerja lain di dalam organisasi tempat anda berkerja.

Mereka itu tidak memberi apa-apa kegunaan pun kepada kita mahupun organisasi.

Mereka tidak lebih seperti nyamuk yang menjadikan kita berasa rimas dan apabila kita tidak awas, mereka akan mengigit kita, menghisap darh kita dan meninggalkan virus atau perasit bahaya di dalam salur darah kita.

Mungkin kita tertanya-tanya, kalau mereka itu nyamuk yang tidak produktif kepada organisasi kita, mengapa mereka masih dikekalkan?

Jawapannya mudah – mereka kekal kerana pihak atasan kita terlalu bebal dan takut untuk mengambil tindakan yang sepatutnya – iaitu mengenakan tindakan disiplin membetulkan mereka itu agar menjadi pekerja  yang produktif atau membuang sahaja mereka.

Selain daripada itu, mereka yang ‘kononnya’ menjadi pengendali atau pengurus sumber manusia dalam organisasi kita itu hanya ‘makan gaji buta.’

Mereka yang mencadangkan tenaga kerja itu diambil bekerja, tetapi apabila si pekerja itu membuat ‘perangai,’ tidak produktif malah menjadi beban kepada organisasi, mereka (pengendali atau pengurus sumber manusia) lepas tangan.

Mengapa pihak atasan kita bebal dan takut?

Mereka bebal dan takut kerana mereka bimbang hilang pengaruh dan sokongan. Itu yang dikatakan ‘politik pejabat’ yang diperhebatkan ‘kempennya’ oleh  pengendali atau pengurus sumber manusia yang hanya tahu ‘kipas’ sahaja.

Lawak sungguh – dalam pejabat pun hendak berpolitik.

Apa perlunya berpolitik dalam pejabat? Ia memberi keuntungan? Mendatangkan kepuasan?

Ya, itu yag dihendaki tetapi apa yang lebih penting sekali ialah mereka yang ‘mengamalkan politik pejabat’ itu hanya mahu menjadikan tenaga kerja dalam organisasi sebagai kuda tunggangannya semata-mata.

Pada hari ini banyak urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, sedangkan orang yang layak untuk menjalankan urusan tersebut tidak diberi peluang yang sewajarnya. Ini bermakna saat kehancuran tidak lama lagi akan terjadi.

Orang yang bukan ahli, tidak berupaya mengendalikan tanggungjawab dan amanah yang diserahkan kepadanya.

Menyerahkan urusan kepada orang yang bukan ahlinya merupakan bukti nyata yang menunjukkan tidak adanya sikap tanggungjawab pada individu.

Memetik kata-kata Lyndall Fownes Urwick (pakar runding pengurusan di UK), ’sekiranya manusia mahu melaksanakan sesuatu tugas dengan penuh semangat dan dedikasi, maka dua syarat perlu dipenuhi.

Pertama, objektif sesuatu usaha atau tenaga yang digembelingkan itu mestilah selaras dengan tahap keyakinan semua pihak yang terlibat.

Kedua, terdapat satu bentuk kepimpinan yang menjadi sumber inspirasi melalui kaedah latihan dan tunjuk ajar yang berkesan dan positif’.

Oleh yang demikia, usah berpolitik dalam pejabat. Ia usaha yang sia-sia dan membazir banyak sumber organisasi.

Serahkan kerja sia-sia itu (berpolitk) kepada mereka yang berkeahlian dalam dalam bidang itu (ahli politik).

Baik kita bekerja gigih memajukan organisasi dan meraih rezeki yang halal untuk kita, isteri, anak dan keluarga kita makan.