Tags

, , , , ,

Dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan harus disertakan dengan ikhlas. Ikhlas kerana kita mahu melakukan sebaik mungkin tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan.

Kita juga ikhlas sebab kita mahu mencari rezeki yang baik untuk keluarga kita.

Sebenarnya perkataan ikhlas memberi kesan besar kepada kita sama ada kita menyedarinya atau tidak.

Perasaan kecil yang tertanam di hati kita sebenarnya berupaya untuk mencorakkan cara kerja dan keupayaan kita untuk menghasilkan yang terbaik.

Namun ketidakikhlasan juga boleh menonjolkan imej negatif yang ada pada diri kita dan dapat dilihat daripada hasil kerja kita

Ada di antara kita yang tidak puas hati dengan imbuhan yang diberikan memandangkan beban tugas amatlah berat menurut pandangan mereka.

Jadi perasaan ini dilahirkan dengan tidak menghiraukan kualiti kerja, membuat kerja sambil lewa, tidak mengikut arahan dan sebagainya.

Namun tidak ramai yang mahu menerima hakikat yang mereka mengalami keadaan sedemikian kerana tidak ikhlas dalam apa juga pekerjaan yang mereka lakukan.

Mereka mengharapkan ganjaran yang kononnya setimpal sedangkan tidak ada usaha pada mereka untuk memberikan perkhidmatan yang sewajarnya dan yang terbaik.

Seharusnya semua orang menyedari bahawa semakin tinggi imbuhan yang kita terima semakin berat tanggungjawab yang perlu dipikul.

Besar pangkat atau imbuhan bukanlah ukuran untuk ketenangan minda. Jika kita ikhlas melakukannya, kita akan suka dengan apa yang kita dapat kerana kita tidak mengganggu hak orang lain. Tidak merugikan orang lain.

Sedikit atau banyak imbuhan yang kita terima adalah hak kita yang sememangnya tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa pun.

Kita seharusnya ada rasa bangga dengan diri kita. Kita tidak perlukan pengiktifaran daripada orang lain.

Kita sendiri adalah orang yang paling layak untuk menilai dan mengiktiraf diri sendiri.

Bukankan ini imbuhan yang paling tinggi yang semua orang cari-cari?