Tags

, , , ,

Menggalakkan penyertaan dan sumbangan idea dari kakitangan ke arah meningkatkan dan memperbaiki suasana bekerja, produktiviti dan kualiti kerja juga merupakan satu cara bagi mengembangkan kemahiran, yakin diri dan kreativiti, daya motivasi dan komitmen terhadap kecemerlangan di kalangan kakitangan.

Namun kekuatan individu dalam organisasi dan masyarakat berfikir sahaja tidak mencukupi seandainya tidak diikuti dengan proses dan strategi tersusun ke arah melaksanakan dan mengambil tindakan merealisasikan idea dan buah fikiran tersebut.

Oleh yang demikian adalah penting kita memiliki sikap terbuka untuk melapangkan dada untuk terus menimba ilmu yang seterusnya kita kukuhkan dengan pemahaman yang memerlukan kita mendalami ilmu yang dipelajari itu.

Seterusnya kita harus bersedia untuk pembentukan persiapan diri dari segi kekuatan rohani, jasmani, akal dan emosi yang akan ditunjangkan kepada tahap penguatkuasaan yang tegas dan berhikmah ke atas pelaksanaan dasar pemikiran kita supaya budaya yang baik dapat dibina.

Kemudian proses ini diteruskan dengan pemantauan untuk mengenalpasti elemen-elemen kelemahan yang perlu diatasi serta memanfaatkan elemen-elemen kekuatan yang perlu dioptimumkan yang seterusnya ke proses seterusnya iaitu penilaian iaitu kita membuat keputusan tentang apa yang perlu diperbaiki dengan menggunakan teknik pengurusan terkini seperti kaedah analisa SWOT ataupun mana-mana kaedah penilaian yang diyakini.

Proses terakhir ialah pembaikan iaitu kita membetulkan dan membaiki keadaan dengan penuh hikmah supaya hasilnya membawa nilai tambah serta dapat memacu prestasi kita ke tahap yang lebih tinggi.

Penjanaan idea baru merupakan sumber yang berharga dan tidak seharusnya disia-siakan. Apabila dibuat secara berkumpulan ia boleh membudayakan quality time together dalam Perkhidmatan Awam. Usaha penjanaan idea secara berpasukan juga menggalakkan semua peringkat dan kakitangan untuk sentiasa berusaha memajukan dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam pada amnya melalui percambahan fikiran yang positif.