Tags

, , , ,

Samuel Ullman, seorang penyajak pernah memberikan satu pesan bestari “Nobody grows old merely by living a number of years. We grow old by deserting our ideals. Years may wrinkle the skin, but to give up enthusiasm wrinkles the soul“.

Apa yang dapat difahami dari kata-kata ini adalah bahawa jumlah angka pada usia kita tidak penting. Apa yang penting adalah semangat untuk hidup dan memberikan sumbangan berguna kepada manusia di sekeliling kita dan kekuatan atau keupayaan kita menggunakan fikiran kita dengan bernas adalah sumbangan yang amat berguna untuk semua.

Dalam banyak situasi, kita sebenarnya tidak dapat mengelakkan daripada berkongsi ilmu, pengalaman dan maklumat dengan orang lain.

Bagi mereka yang telah lama berkhidmat dengan sesebuah organisasi atau jabatan, tidak harus timbul perasaan yang kita tidak diperlukan atau sudah hampir masanya untuk kita ‘memperlahankan’ kerja kita.

Sikap atau perasaan ini harus dikikis.  Sebaliknya, dengan tempoh masa untuk kita berkhidmat semakin singkat, ianya harus dijadikan dorongan untuk kita mencurahkan seberapa banyak pengetahuan dan pengalaman yang ada pada kita kepada kakitangan baru atau yang lebih muda agar dengan itu mereka mampu memberikan perkhidmatan dengan lebih cekap.

Jika tiada yang lama maka sudah pastinya sukar untuk menghasilkan yang baru.  Inovasi atau penambahbaikan akan dapat dilakukan jika ada asas untuk memulakannya.