Tags

, , , ,

Budaya yang mengutamakan peningkatan mutu bekerja berterusan perlu diterapkan dalam segenap lapisan anggota organisasi/pekerja.

Untuk mewujudkan budaya tersebut pemimpin organisasi tidak seharusnya hanya memberi keutamaan kepada mutu pekerjaan semata-mata tetapi harus juga berupaya untuk memimpin dengan fikiran terbuka.

Dia juga harus berkebolehan menterjemahkan wawasannya menjadi satu budaya yang sihat dalam organisasinya.

Pemimpin juga seharusnya memiliki sikap yang memberi keutamaan kepada keperluan menjayakan kecapaian kebajikan anggota organisasi/pekerjanya di semua peringkat.

Anggota organisasi/pekerja adalah pelaksana perancangan organisasi.

Jika semangat bekerja di kalangan anggota organisasi/pekerja menurun sudah pasti prestasi yang bermutu sukar dicapai.

Anggota organisasi/pekerja sebagai pelaksana tugas mesti mempunyai sikap yang maju terhadap tugas yang diamanahkan.

Usaha ini dapat dijayakan dengan memberi penekanan kepada pentingnya semangat dan suasana kerja secara muafakat.

Corak pengurusan organisasi juga perlu memiliki cara membuat keputusan berasaskan semangat musyawarah (mewujudkan suasana perbincangan dalam membuat keputusan).

Membuat keputusan tidak dipusatkan hanya kepada ketua organisasi tetapi diberi juga kuasa dan peluang kepada pegawai dan pekerja bawahan.

Keadaan ini akan mewujudkan kelicinan dan kecekapan perjalanan organisasi dan dalam konteks perkhidmatan awam, ianya akan dapat meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kerajaan.