Tags

, , , ,

Tenaga kerjanya yang mahir dan bermutu pengerak pembangunan sesebuah Negara.

Kemahiran pekerja tidak memberi sebarang erti jika pekerja itu tidak memiliki akhlak yang baik.  Tanpa akhlak yang baik, pada bila-bila masa dia  boleh menjadi pemusnah kepada pembangunan yang dibangunkannya.

Pekerja yang baik mempunyai segala sikap jujur yang dapat membantu pembangunan organisasi itu misalnya amanah, bijak, berketrampilan, bekerjasama, memandang ke hadapan, berdisiplin dan sebagainya.

Niat dalam pekerjaan mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan pekerja yang baik dan cemerlang.

Jika ditanya, apakah niat bekerja bagi anda, maka apakah jawapannya?

Mungkin ada yang menjawab, bekerja untuk membalas jasa ibu bapa atau untuk kesenangan anak-anak.

Malahan, mungkin juga ada yang bekerja untuk mengumpul kesenangan dengan gaji yang besar atau kedudukan yang tinggi dalam organisasi.

Niat yang baik ini seterusnya perlu disusuli dengan usaha yang gigih.

Usaha ini hendaklah dalam bentuk yang tidak menyalahi undang-undang dan peraturan.

Oleh itu, kesalahan-kesalahan seperti datang lewat ke pejabat, membuang masa, tidak menyiapkan kerja pada masa yang ditetapkan, permusuhan majikan-pekerja dan sebagainya perlulah dielakkan.

Seseorang pekerja dalam apa juga pekerjaan memerlukan kekuatan, iaitu kekuatan tubuh badan dan akal. Kedua-duanya perlu untuk melahirkan hasil kerja yang baik.

Kekuatan pekerja dalam sesuatu bidang iaitu kepakaran, kecekapan dan kemampuannya dalam bidang berkenaan.

Bersifat amanah merupakan satu keperluan asas pada diri seseorang pekerja. Tanpa memiliki sifat ini, pelbagai penyelewengan akan mudah berlaku.

Pekerja yang baik perlu mampu mempamerkan kerjanya dengan sempurna dan sentiasa membaiki mutu kerjayanya dari semasa ke semasa.

Sebagai pekerja kita mesti berupaya bekerja dalam satu pasukan atau kesatuan dalam organisasi atau budaya kerja secara bermuafakat.

Masyarakat Jepun telah membuktikan bahawa keutamaan kepada hidup berkelompok telah mendasari pendekatan pengurusan pekerjaan Jepun yang cemerlang.

Mikio Sumiya seorang ilmuwan Jepun, berpandangan bahawa menghayati semangat hidup berkumpulan dibentuk untuk meningkat prestasi kerja. Katanya : “Kepentingan kumpulan mengatasi kepentingan ahlinya dan hasilnya corak gelagat individu kekal berpusatkan kumpulan.”

Usaha untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir memerlukan masa dan perancangan yang teliti.

Kemahiran dalam sesuatu pekerjaan perlu dibentuk menerusi latihan yang berterusan dan disusun dengan rapi.

Pekerja yang baik adalah modal insan yang sentiasa perlu dijana.