Tags

, , , ,

Sukan secara amnya merujuk kepada semua jenis aktiviti fizikal yang melalui penyertaan secara kasual atau penganjuran yang dirancang yang bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan mental dan membentuk hubungan sosial.

Elemen asas sukan ini menjadikannya medium yang praktikal untuk menyokong pencapaian pembangunan negara.

Sukan boleh berfungsi sebagai alat yang berkesan untuk mobilisasi sosial, menyokong aktiviti-aktiviti kesihatan dan boleh menjadi kuasa ekonomi yang signifikan kerana ia boleh memberi pekerjaan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan fizikal setempat.

Sukan adalah salah satu daripada aspek paling penting masyarakat.

Ia menggalakkan kesukanan yang baik, mengajar kita  dan menerima kekalahan dengan berani.

Salah satu cara di mana sukan mempunyai kesan positif terhadap masyarakat ialah sukan dapat menarik dan mengumpul ahli masyarakat untuk bersama-sama dalam satu tujuan. Sukan mendatangkan kesan untuk penyatuan rakyat.

Sukan juga boleh membantu seseorang membina jati diri. Cara pemain mengambil bahagian dalam sukan dan berinteraksi dengan ahli pasukan membantu untuk membina jati diri.

Kajian telah menunjukkan bahawa penglibatan dalam sukan menggalakkan pembangunan ekonomi melalui pewujudan perniagaan dan kerjaya baru, pencapaian akademik, pertumbuhan psikologi dan fisiologi, nasionalisme, dan pembangunan masyarakat.

Sukan kini dilihat sebagai agenda penting kerajaan kerana sumbangannya yang telah terbukti –  sukan boleh membuat kepada masyarakat yang lebih sihat dan lebih baik.

Kita telah dipersembahkan dengan statistik obesiti di kalangan masyarakat kita – obesiti di kalangan orang dewasa di Negara ini telah meningkat 250% dalam tempoh 10 tahun lalu manakala bagi tempoh yang sama telah meningkat 70%.

Keadaan ini disebabkan oleh tabiat pemakanan yang tidak sihat dan juga gaya hidup yang tidak menitik berat tentang bersenam dan bersukan.

Keadaan ini telah memaksa Kerajaan untuk melabur banyak sumber kewangan bagi mengatasi dan membetulkan keadaan ini dan salah satu yang dilaksanakan adalah melalui aktiviti membudayakan sukan agar masyarakat di negara ini hidup lebih sihat dan aktif.

Walau bagaimanapun, untuk yang menggalakkan masyarakat untuk membudayakan gaya hidup sihat dan bersukan, jika kemudahan di mana mereka boleh bersenam juga perlu disediakan dan diselenggarakan dengan baik.

Penyediaan kemudahan untuk bersukan dan beriadah juga memerlukan pelaburan kewangan yang besar dan adalah mustahil untuk kerajaan menyediakan di semua tempat.

Oleh itu, inisiatif membina lebih banyak Gelanggang Futsal 1Malaysia (GF1M) di seluruh negara kerajaan adalah langkah yang dijangka menyumbang ke arah meningkatkan penyertaan dalam bidang sukan.

Dasar Sukan Negara juga memberi penekanan kepada sukan massa yang memberi tumpuan kepada kegiatan kecergasan yang melibatkan penyertaan ramai bagi melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan berbudaya sukan.

GF1M juga merupakan pilihan terbaik masyarakat untuk membudayakan sukan menggunakan kemudahan yang terbaik pada kos yang murah.

Institut Penyelidikan  Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada suku ke empat 2010 yang lalu telah menjalankan kajian Kesan Pembinaan Gelanggang Futsal 1 Malaysia Terhadap Minat Bersukan di Kalangan Masyarakat di Malaysia.

Hasil kajian mendapati 95.3% responden (6,100 responden di 122 lokasi GF1M di seluruh Malaysia) bersependapat bahawa dengan adanya pembinaan GF1M telah menggalakkan mereka untuk bersukan atau bersenam.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa responden lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan futsal (71.7%), badminton (49.1%), sepak takraw (27.9%), olahraga (14.5%), dan bola jaring (12.6%) berbanding sukan lain.

Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, ramai responden bersetuju  memilih GF1M sebagai lokasi utama melakukan aktiviti sukan dan diikuti pula dengan padang sekolah berbanding dengan tempat-tempat lain.

Melalui temuramah dan pemerhatian yang dijalankan, lokasi GF1M yang berhampiran dengan kawasan perumahan responden menyebabkan mereka lebih cenderung untuk bersukan di situ.

63.2% di kalangan responden berpendapat bahawa pembayaran untuk penggunaan GF1M wajar dilakukan yang mana mereka berpandangan bayaran yang dikenakan boleh digunakan untuk kos penyelenggaraan GF1M dan juga kos pengurusan GF1M.

Kemudahan sukan yang disediakan di kompleks sukan di kawasan penduduk sebenarnya cerminan hubungan sosial di kawasan itu.

Ia menekankan kepentingan keahlian, kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan mereka dengan berkongsikan cara-cara bagaimana mereka boleh menyumbang untuk kawasan di mana mereka tinggal.

Kemudahan yang disediakan GF1M adalah yang terbaik dan boleh digunakan pada kadar sewaan yang amat murah. Ini pasti dapat merealisasikan hasrat pembudayaan sukan di kalangan masyarakat Malaysia.