Success seems to be connected with action. Successful people keep moving. They make mistakes, but they don’t quit.

— Conrad Hilton : Hilton Hotels

Jangan terperangkap dengan beranggapan dan berfikir bahawa melakukan sesuatu pekerjaan dengan betul dan tepat bererti menghasilkan suatu pekerjaan yang sempurna. Tidak ada orang yang sempurna. Kita perlu lakukan yang terbaik yang kita termampu, itu yang lebih penting.

Mencuba untuk menjadi sempurna menjadikan kita berada dalam situasi yang amat tertekan sepanjang masa. Tekanan yang keterlaluan tidak kita perlukan bagi mendapatkan produktiviti yang terbaik. Oleh itu laksanakan dengan betul dan tepat.

Pekerja yang perlu diberi tahu apa yang harus dilakukan dikatakan “reaktif”. Mereka melakukan sesuatu hanya selepas ketua memberitahu mereka, atau selepas keperluan untuk melakukan sesuatu yang telah ditunjukkan kepada mereka.

Pekerja yang melakukan apa yang harus dilakukan dan menyelesaikan masalah sebelum timbul dikatakan “proaktif”. Ketua menghargai pekerja yang proaktif dan bersedia untuk mengambil inisiatif.

Dengan mengambil inisiatif dan bersikap proaktif di tempat  kerja, kita sebenarnya akan mendapatkan kemahiran selain dapat belajar lebih banyak tentang organisasi kita.

Selain daripada itu kita akan dapat mengelakkan rasa bosan di tempat kerja kerana terjebak di dalam rutin yang sama setiap hari.

Menunjukkan dan mengambil inisiatif adalah melaksanakan lebih daripada sekadar “melakukan pekerjaan kita”.

Dalam kehidupan kita seharian termasuk di tempat kerja dan usaha kita melaksankan tugasan kita, semakin kita berpengalaman dan lebih berpengetahuan kita sebenarnya diharapkan untuk menunjukkan inisiatif.

Ini bermaksud kita diharapkan dapat menunjukkan minat lebih mendalam bekerja, menjadi lebih mudah menyesuaikan diri, mampu menjangka apa yang perlu dilakukan dan dan membuat cadangan tentang cara untuk melakukan sesuatu tugasan itu dengan kaedah yang lebih baik.

Apabila kita mengambil initiatif atau bertindak proaktif, kita mencipta peluang kita sendiri dan mengarahkan atau menentukan aliran kehidupan kita.

Tergolong dalam kelompok mereka yang proaktif pada pandangan umum tampak misteri dan berisiko kerana golongan ini sering kali bertindak di luar jangkaan umum. Misalnya tiba-tiba mereka berhenti kerja untuk memulakan perniagaan.

Seseorang yang mempunyai sikap dan keinginan tinggi untuk mengambil inisiatif atau bertindak proaktif dalam kehidupan dan pekerjaannya adalah individu yang mampu menempa kejayaan dan berupaya memimpin individu lain untuk mencapai matlamat dalam kehidupan masing-masing.

Seorang pemimpin yang baik memahami erti inisiatif, mempunyai inisiatif, dan mempunyai stamina untuk sepenuhnya melaksanakan inisiatifnya.

Ayuh gunakan masa dan ruang yang kita ada hari ini dengan mengambil inisiatif dan bertindak proaktif serta hasilkan sesuatu yang positif untuk organisasi atau kerjaya kita.