Bagaimana kita boleh mendatangkan kesan terbesar kepada masyarakat dan negara dalam waktu terhad kita di dunia ini?

Salah satu cara yang paling popular untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat adalah dengan melaksanakan peranan yang khusus yang boleh kita lakukan melalui anda pekerjaan kita.

Terdapat juga di kalangan kita yang melakukan kerja-kerja sukarela pada waktu senggang mereka sebagai salah satu kaedah untuk menyumbang kepada masyarakat.

Melakukan kerja-kerja sukarela sebenarnya memberikan nilai lebih besar dari gaji yang kita perolehi dari pekerjaaan kita.

Selain daripada itu, terdapat juga yang mengambil jalan mudah dengan hanya menghulurkan sumbangan kewangan kepada mereka yang memerlukan (kononnya).

Sebenarnya, ini tidak mendatangkan banyak manfaat bagi masyarakat. Katakanlah, misalnya, kita menyumbangkan satu juta ringgit untuk sebuah hospital.

Bukannya sumbangan satu juta ringgit itu yang menyuntik vaksin antibiotik atau ubat kepada pesakit yang memerlukannya.  Dalam hal ini, si doctor yang bertugas di hospital berkenaan yang menyumbang langsung kepada mereka yang memerlukannya.

Mungkin sumbangan kita akan pergi ke gaji doktor, maka sebenarnya sumbangan kita itu hanya menjadi ‘pendesak’ kepada orang lain untuk bertindak dan tindakan yang diambil itu mungkin segera atau sebaliknya.

Tindakan segera itu pula bergantung kepada keperluan yang lebih mendesak yang boleh dilangsaikan dengan adanya sumbangan yang kita beri itu.  Maka sumbangan kita itu tidak langsung pun membantu mereka yang memerlukan.

Cara terbaik untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara adalah hanya dengan melakukan apapun yang membuat anda berasa yang terbaik dapat untuk disumbangkan.