Pekerjaan kita bukan sekadar cara kita mencari nafkah. Ia mempengaruhi bagaimana kita melihat diri kita sendiri, serta cara orang lain melihat kita. Pekerjaan kita memberi kita struktur, tujuan, dan makna. Maka kerana itu kehilangan pekerjaan dan pengangguran adalah salah satu hal yang paling memberikan tekanan.

Bayangkan apabila anda sudah diberhentikan, pasti kita akan melakukan segala sesuatu yang terdaya untuk mencari pekerjaan baru sementara tabungan kecemasan kita semakin mengecil dan bil pula semakin banyak yang terkumpul. Pasti kita berasa bimbang tentang bagaimana untuk memenuhi keperluan asas kita serta berusaha untuk memastikan perbenlanjaan secara drastik dikurangkan dan menukar gaya hidup keluarga anda.

Sungguhpun pada hakikatnya apabila kita kehilangan pekerjaan bukan merupakan cerminan dari kurangnya kemampuan dan kecekapan kita namun ia adalah pukulan hebat ke atas harga diri kita. Hal ini mengheret kita ke dalam situasi kemurungan, keraguan diri, kekosongan, kebimbangan kewangan dan krisis peribadi yang besar.

Proses mencari pekerjaan baru adalah suatu proses yang tidak menyenangkan dan suatu yang mudah dan dalam kebanyakan situasi ia suatu yang mengecewakan. Kita akan menghabiskan banyak masa – mungkin lapan jam sehari – atau kadang-kadang selama berbulan-bulan mencari kerja, memajukan permohonan dan menghadiri banyak sesi temuduga.

Ini bertambah sukar dan menyakitkan apabila pasaran pekerjaan dibanjiri oleh calon-calon yang berkualiti dan peluang pekerjaan pula adalah lebih sedikit menjadikan carian pekerja menjadi lebih membosankan dan mematahkan semangat.

Dalam banyak situasi (majoritinya) permohonan pekerjaan yang dikemukakan tidak dilayan oleh bakal majikan dan ini memasakkan lagi rasa pada hati dan perasaan kita bahawa kita tidak diperlukan dan tidak layak. Maka kemurungan berpanjangan dan kekecewaan berterusan mula menebal bagi kita yang menjadi pencari pekerjaan.

Keadaan ini pasti akan menimbulkan percikan kehampaan dan meninggalkan kesannya pada keluarga kita. Pasangan kita yang awalnya bertindak sebagai rakan yang merawat trauma kehilangan pekerjaan dengan kasih sayang dan dorongan mungkin juga menjadi kecewa berasa jengkel malah mungkin berubah menjadi tidak sabar bahkan mula mengkritik kita.

Pada masa yang sama, pasangan kita tanpa sedar cuba untuk memberikan nasihat yang tidak diminta untuk pasangannya, yang mana sebelum ini kita boleh kendalikan dengan cukup baik tanpa bimbingan ini. Ini adalah permulaan kitaran kegelisahan di antara dua orang yang sangat kecewa.

Kedua-duanya berasa bimbang dengan situasi yang mereka hadapi. Kita yang kehilangan pekerjaan mungkin merasa bertanggungjawab di atas situasi yang menjadikan keluarga kita dalam keadaan yang ‘merbahaya’ dan berasa bimbang akan hilangnya keyakinan dari pasangan kita. Manakala pasangan kita pula mungkin menyalahkan kita kerana mencipta situasi ini dan mungkin merasa tidak berdaya untuk mengatasinya.

Menghindari kemurungan dan kekal pada tahap positif memerlukan ketahanan psikologi. Dengan ketahanan ini, kita dapat bangkit kembali dari kemurungan.

Berfikir adalah kerja yang dilakukan oleh otak dan minda kita setiap hari. Berfikir positif adalah kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Berfikiran positif sangat penting ketika ia akan membantu dalam pembangunan peribadi

Setiap kali kita berasa sedih kita perlu terus berkata pada diri sendiri bahawa kita berasa baik dan bahagia.

Kita harus bersikap optimis tentang segala hal dan jika kita menghadapi keraguan dan kebimbangan kita perlu bertenang dan dengan fikiran positif kita mencari penyelesaian.