Belia adalah tempoh bahawa ketika kita penuh bertenaga, cita-cita dan semangat untuk mencapai yang terbaik dalam hidup kita. Tempoh ini adalah suatu situasi yang mana ia adalah kuasa dan kekuatan yang kita miliki dan sebenarnya kekuatan yang perlu diberikan perhatian dan diiktiraf oleh semua kita. Kekuasaan atau tenaga ini boleh digunakan untuk kedua-dua tujuan membina dan memusnahkan.
Belia di Malaysia adalah mereka yang berusia antara 15 hingga 40 tahun yang membentuk lebih daripada 42 peratus dari jumlah keseluruhan penduduk. Oleh yang demikian, Malaysia mempunyai potensi besar yang boleh digembelengkan daripada kekuatan kaum mudanya. Para mahasiswa, pekerja, petani, pekerja dan orang-orang dari pelbagai kerjaya termasuk penganggur terdidik adalah elemen yang menjadi tunjang kepada semua bidang kehidupan negara dan bangsa kita. Malangnya, sebahagian besar belia hidup tanpa arah yang tepat. Itulah sebabnya mengapa ramai dari golongan ini hidup penuh kekecewaan. Hal ini adalah suatu situasi yang berbahaya yang mana jika dibiarkan berterusan akan meningkatkan rasa kekecewaan mereka yang akhirnya boleh menyebabkan pelbagai jenis gangguan dalam masayarakat dan mungkin juga kekacauan.
Jika belia kita dibiarkan melahu, itu akan menjadi pembaziran semata-mata. Belia kita harus disalurkan untuk terlibat dalam pekerjaan yang membina. Belia kita tidak pernah ketinggalan jika dipanggil untuk menyahut dan memenuhi cabaran. Untuk ini, adalah penting para pemimpin kita bertanggung jawab memimpin dan membimbing belia bagi menyerlahkan lagi potensi mereka untuk pembangunan negara dan bangsa. Para pemimpin harus tidak mengeksploitasi golongan belia untuk motif egois mereka sendiri.

Tugas pembangunan negara dan bangsa adalah sangat mencabar. Setiap individu dari kalangan kita boleh menyumbang ke arah itu sesuai dengan kemampuan masing-masing. Bagi golongan belia mereka harus diberikan kefahaman tentang suatu projek tertentu dan pentingnya kepada masyarakat. Mereka harus diberi arah yang sesuai sehingga mereka boleh bekerja keras untuk pemenuhannya. Ini akan membuat mereka puas hati dengan kesedaran bahawa mereka telah ditugaskan dan berperanan dalam pembangunan negara dan bangsa.

Penglibatan belia dalam tugas pembangunan negara dan bangsa akan mempunyai keuntungan berganda. Di satu aspek, tenaga muda ini akan berjaya dimobilisasi dan di aspek lain, belia kita akan diselamatkan dari terjerumus ke elemen antisosial.

Penglibatan golongan belia dalam pembangunan negara dan bangsa akan menghasilkan rasa kebanggaan dan kepercayaan diri. Ini juga akan menaikkan moral mereka. Apabila mereka tetap sibuk dalam pekerjaan yang membina, fikiran mereka tidak akan tersesat ke arah idea-idea yang memusnah.