Sewaktu orang lain sibuk meneruskan pelajaran di IPT, aku tidak ke mana-mana. Hilang keyakinan diri. Aku ambil keputusan untuk kerja. Kerja apa ya? Tak tahu nak kerja apa. Nak minta kerja kerajaan? Tak teringin langsung. Kerja swasta? Apa yang aku tau buat? Dua puluh tahun dulu, kemahiran menaip dan komputer adalah kemestian. Satu aset berharga memandangkan  tidak ramai yang menguasainya. Bahasa Inggeris aku tunggang-langgang. Aku boleh membaca dan faham tapi lidah ku berat untuk menuturnya. Siapa nak ambil aku bekerja?

Syukur, seorang kenalan menyuruh aku memohon kerja sebagai pembantu pengasuh di sebuah pusat membeli-belah. Perkhidmatan ini adalah untuk ahli sahaja. Mereka boleh meninggalkan anak mereka yang berumur 5 tahun hingga 8 tahun untuk dijaga sementara mereka membeli-belah atau atas urusan lain. Aku diambil sebab tak ada orang yang berminat untuk bekerja. Seorang guru tadika, walaupun murah gajinya tetapi waktu kerjanya adalah 3 hingga 4 jam sahaja sehari. Ini 8 jam. Waktu pula ikut seperti operasi perniagaan runcit. Tapi memandangkan ini jalan keluar aku dari rumah, aku tabahkan hati jua.

Aktiviti yang dijalankan adalah mewarna, membaca, menonton video, mendengar lagu, menyanyi bersama dan bermain komputer interaktif. Aktiviti komputer merupakan aktiviti yang mendapat sambutan tapi sayangnya hanya dua buah komputer sahaja. Maka selalulah berebut-rebut anak-anak ini mendaftarkan diri menunggu giliran.

Kanak-kanak yang datang terdiri daripada pelbagai bangsa. Biasanya Cina, Melayu dan India. Kadang-kadang ada pelancong Arab. Di sinilah aku mula mengasah bahasa dan kemahiran komunikasi. Aku berdepan dengan kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Berbagai fiil yang aku jumpa. Ini kesimpulan yang aku dapat.

Melayu                – berbudi pekerti baik. Hormatkan aku. Mendengar kata. Sopan. Beradap. Sungguh aku memang puji budak-budak Melayu dulu. Aku beri permainan Lasy. Seorang budak berjaya membina sebuah helikopter tanpa perlu melihat pelan. Helikopter asli rekaannya sendiri. Aku sungguh terharu. Aku sendiri hilang keyakinan diri sebab aku Melayu yang terpaksa bersaing hebat dengan kaum lain. Tapi budak ini menunjukkan tidak kira apa bangsa kita, kitalah yang sebenarnya menentukan apa yang kita nak jadi. Bukan salah bangsa, tapi salah kelakuan. Ibu bapa mereka juga baik-baik belaka. Aku diberi upah sebab sudi menjaga anak mereka. Tapi aku menolak kerana aku sudahpun diberi gaji.

Cina – Bergantung kepada situasi di rumah dan tahap pendidikan ibubapa. Kalau anaknya bersekolah kebangsaan, maka anak itu ramah dan lebih untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Aktif dan banyak soalan. Kalau anak itu bersekolah Cina, maka dia lebih pendiam dan takut. Takut melihat aku kerana bertudung. Terlalu takut hingga tak berani hendak ke bilik air sebab tak pandai tanya. Takut kena marah. Entah apa yang dipojokkan di sekolah pasal orang Melayu aku pun tak tahu. Tapi aku tak marah, cuma kecewa kerana pemisahan sekolah ini telah menjauhkan peluang komunikasi dengan bangsa lain.

India – yang datang kepada aku baik-baik tetapi  lembap. Rupanya kebanyakan orang India yang aku jumpa kahwin dengan saudara terdekat. Kesannya dapat dilihat pada anak-anak mereka. Aku memang perlu bersabar dengan mereka. Benda mudah pun sukar bagi mereka. Tapi bila diberikan peluang mereka juga boleh melakukan dengan baik. Cuma perlukan lebih masa.

Pelancong Arab – bangsa yang keras hati dan tak boleh dibentuk. Agaknya sebab itulah mereka sentiasa ditekan oleh pemimpin. Degil tahap satu. Manja dan mua. Maklumlah orang kaya. Mak bertudung litup. Ayah pakai seluar pendek dan asyik minum. Bila anak-anak ini pulang, rasa lega yang teramat. Kalau boleh janganlah datang lagi.

Apa yang aku tulis ini adalah situasi dua puluh tahun dulu. Sekarang mungkin dah berbeza. Orang Melayu semakin kurang ajar. Orang Cina makin kasar dan orang India dah pandai.

Satu lagi hal, ibu bapa kalau boleh mahu kami melonggarkan peraturan. Mahu kita jaga bayi. Anak dah darjah enam pun hendak masuk juga ke pusat asuhan. Semuanya gara-gara adanya komputer. Pasal bayi, manalah kita ada lesen untuk terima bayi? Jadi apa-apa kan naya saja.

Kerenah pelanggan ini telah menyediakan diri aku untuk ke kerjaya seterusnya. Aku tidak perasan akan hal ini sehinggalah aku ditemuduga untuk jawatan kerani pemasaran. Mereka perlukan orang yang banyak cakap, yakin, boleh bertutur bahasa Inggeris. Bila ditanya pasal kebolehan komputer, aku hanya mengakui yang aku hanya pandai main ‘game’. Ketawa besar penemuduga, mengapa tidak? ‘Game’ juga satu kemahiran! Aku diterima bekerja kerana pandai merapu dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Skil pertuturan yang aku pelajari daripada budak-budak jagaan aku sebenarnya. Kerenah pelanggan ibu bapa dan kanak-kanak sewaktu kerja dulu telah bertukar kepada pelanggan syarikat korporat. Maka sekali lagi aku mengalami peningkatan dalam kerjaya walaupun hanya sebagai kerani. Sabar dulu. Lepas ni mungkin ada kerjaya yang lebih baik lagi.

-SNASH-