Terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan? Tidak cukup masa untuk berfikir atau merancang? Kualiti kerja mula menurun atau terjejas?

Kita tahu bahawa beban semakin bertambah dan kerana itu kita perlu belajar untuk bekerja lebih cekap bagi menangani dan menyelesaikannya dan bukan lagi pilihan yang pasti dengan hanya menambah sumber bagi tujuan menyelesaikan kerja berkenaa.

Semua kita diperuntukkan jumlah masa yang sama setiap hari – 24 jam dan semua kita tahu dan sedar bahawa kita tidak dapat mengawal masa.

Dalam melaksanakan tugas atau setiap hari kita bekerja, terdapat beberapa hal yang terjadi yang berada di luar kawalan kita yang mana ia boleh menimbulkan tekanan kepada kita.

Apabila kita mempunyai terlalu banyak kerja untuk dilakukan kita kadang kala hanya mempunyai dua pilihan untuk menyelesaikannya iaitu bekerja dengan lebih gigih lagi atau bekerja dengan lebih berkesan.

Bekerja lebih gigih tidak sukar kerana semua orang boleh melakukannya iaitu apa yang perlu kita lakukan adalah dengan meningkatkan kadar atau jumlah kerja anda dengan melibatkan atau memperuntukkan lebih banyak masa untuk menyiapkannya dengan sempurna dan mengikut ketetapan yang telah ditentukan.

Namun ini hanya akan menjadikan anda memperolehi atau menambah jumlah kerja anda dan dengan itu akan menjadikan anda perlu berusaha lebih gigih lagi untuk menyiapkkkan.

Dalam banyak situasi keadaan ini perlu namun ia boleh mendatangkan banyak situasi yang pada akhirnya akan merugikan kita terutama apabila kita bekerja dalam organisasi yang mempunyai piawaian yang perlu dicapai dengan jumlah dan masa yang telah ditetapkan bagi membolehkan ia berdaya saing dengan organisasi lain.

Untuk itu, adalah penting kita melaksanakan kerja atau tugasan kita dengan lebih berkesan dan cekap.

Dalam situasi bekerja terdapat dua jenis pekerja iaitu yang pertamanya mereka yang boleh melakukan kerja dan yang keduanya adalah pekerja yang menemukan cara baru untuk melakukan pekerjaan itu.

Kedua-duanya diperlukan dan gabungan kedua-duanya yang memberikan penekanan kepada menghasilkan dan mencapai produktiviti lebih banyak dengan menggunakan jumlah masa yang diperuntukkan kepada mereka atau dalam kata lain kita bekerja sedikit dan mendapatkan lebih banyak dilakukan.

Ahli psikologi dan penulis Abraham Maslow pernah menulis, “anda akan melangkah maju dalam pembangunan atau anda akan masuk kembali ke zon selamat.”

Dalam organisasi, individu atau pekerja adalah aset penting dalam memastikan matlamat organisasi yang tetapkan tercapai. Organisasi yang cemerlang dan cekap memiliki pekerja yang cekap serta dapat menyesuaiakan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekelilingnya dan organisasinya.

Bekerja dengan berkesan dan cekap merujuk kepada keupayaan pekerja mengguna pakai proses-proses kerja dalaman dan luaran di organisasinya bagi mencapai matlamat akhir sama ada produk atau perkhidmatan yang diharapkan.

Peter Drucker pernah menyatakan bahawa kita akan menjadi berkesan apabila kita melakukan perkara itu sepatutnya dan kita kita akan menjadi cekap apabila kita melakukan perkara itu dengan betul.

Untuk itu adalah perlu kita sentiasa bersedia dalam apa juga keadaan sama ada untuk menyesuaikan diri dengan perubahan mahupun untuk mempelajari dan meningkatkan ilmu, pengalaman dan kemahiran kita.