Sudah terhantuk baru terngadah – apabila sudah tersepit baru kelam kabut mencari cara untuk melepaskannya.

Ini situasi yang sering kali kita dengar malah mungkin kita sendiri hadapi.  Agaknya sudah menjadi tabiat kita, jika ada di hadapan mata, kita buat tidak kisah sahaja.

Kita seriang  kali memandang enteng akan banyak perkara – sikap tidak apa – yang menjadikan kita akhirnya alpa dan tidak berupaya untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dengan sempurna.

Misalnya dalam sesebuah organisasi yang kebiasaannya mempunyai beberapa staf dan dipimpin dan diuruskan oleh seorang ketua yang mana pemilihan ketua itu adalah untuk berkenaan. Peranan ketua/pemimpin (Azahari, 1998) adalah untuk memastikan semua subsistem dalam sesebuah organisasi berjalan dengan lancar supaya tercapai objektif-objektif organisasi.

Ini bermakna seorang ketua adalah pemimpin menjalankan peranan-peranan sebagai pengeluar pelaksana inovasi dan yang menjadi penyambung atau pengembeleng.

Untuk membolehkan seorang ketua menjalankan peranan-peranan ini dengan berkesan dia hendaklah mempunyai beberapa kemahiran antaranya kemahiran teknik, kemahiran bekerja dan manusia, kemahiran konseptual dan kemahiran komunikasi.

Kesemua kemahiran ini sebenarnya bukan sahaja untuk kepentingan si ketua  (untuk mengekalkan kedudukan dan kuasa) tetapi juga adalah untuk manfaat bersama di dalam organisasi dan adalah menjadi tanggungjawab si ketua juga untuk menurunkan kemahiran-kemahiran ini kepada staf kendaliannya agar mereka juga akan dapat berfungsi dengan cemerlang untuk mencapai matlamat organisasi.

Adalah menjadi tanggungjawab staf juga untuk menerima dan menyerap sebanyak mungkin kemahiran dan pengetahuan yang diturunkan untk diadaptasi ke atas cara bekerja masing-masing dan bukannya hanya menerima arahan dan melaksanakan apa yang diarahkan sahaja.

Ini kerana melaksanakan arahan semata-mata tidak membawa kepada peningkatan kemahiran.  Peningkatan kemahiran dalam kerjaya seorang pekerja akan memberikannya kesempatan dan pengetahuan untuk membangunkan dan menguatkan kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan, mempertahankan, dan maju dalam yang dipilih dan dalam kes pekerja sebuah organisasi – dia akan dapat membantu mencapai matlamat organisasi dan meningkatkan prestasi dan produktiviti organisasi.

Amatlah malang jika kita sebagai pekerja dalam organisasi tidak merebut peluang daripada curahan kemahiran, pengalaman dan ilmu yang diberikan oleh si ketua kerana apabila si ketua tidak lagi berada di dalam organisasi, maka kita pasti akan terkapai-kapai untuk melaksanakan tugasan dan memenuhi matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi.

Pekerja yang tidak berupaya memenuhi matlamat organisasi bukanlah pekerja yang tidak produktif dan pekerja yang tidak produktif akan menjadi beban kepada organisasi dan organisasi yang mempunyai banyak beban tidak akan berdaya saing dan organisasi yang tidak berdaya saing akhirnya tidak lagi relevan dan organisasi yang tidak lagi relevan sama seperti tunggul mati.

Oleh yang demikian, ambil peluang untuk belajar dan menerima teguran serta menyerap sebanyak mungkin pengalaman yang dicurahkan oleh ketua kita dan jangan sampai jadi situasi KAN DAH KATA …