Interaksi merujuk kepada situasi di mana proses atau tindakan bersama atau terhadap orang lain atau dengan orang lain

Komunikasi merujuk kepada proses pertukaran idea dan maklumat antara dua individu atau lebih, dengan maksud untuk berkongsi maklumat dan pengalaman bagi mencari persamaan. Pertukaran idea ini boleh berlaku secara lisan atau tulisan ataupun dengan menggunakan pelbagai deria yang ada pada manusia.

Perbezaan komunikasi dan interaksi :

• Komunikasi tanpa interaksi (monolog)

• Interaksi tanpa komunikasi (fizikal semata-mata)

• Dialog: interaksi berkomunikasi yang terhala dan mempunyai kesefahaman

Salah satu bidang yang sering dikaitkan dengan komunikasi dan interaksi yang berkesan adalah perhubungan awam.

Perhubungan awam adalah satu profesion yang memerlukan pengetahuan sains social yang luas dan kemahiran komunikasi.

Untuk menjadi seorang pengamal perhubungan awam, seseorang itu harus faham akan  perkembangan perhubungan awam dan isu­isu berkaitan dengan profesionalisme ini.

Kemahiran dalam penulisan selain daripada mahir (pandai) berkata-kata (pengucapan) juga antara asas dalam praktik perhubungan awam.

Antara isu­isu utama dalam pengurusan perhubungan awam seperti penelitian terhadap bagaimana sesebuah organisasi akan berusaha untuk mewujudkan keseimbangan dengan hubungan beberapa kuasa yang bersaing di persekitaran.

Ini meliputi kemahiran untuk menguruskan kuasa­kuasa tersebut demi manfaat semua pihak.

Pengamal perhubungan awam juga perlu memberikan tumpuan kepada konsep­konsep dan teori­teori pengurusan, sosiologi dan komunikasi.

Selain daripada ketrampilan berkomunikasi, bidang perhubungan awam juga memerlukan individu yang mempunyai kemahiran mendengar, kemahiran menganalisis khalayak, kemahiran berbahasa, kemahiran persembahan, kemahiran menyesuaikan diri, prinsip etika dan tata susila komunikasi lisan.

Mereka juga harus mahir dengan penulisan dalam perhubungan awam kerana penulisan penting dalam menyampaikan mesej organisasi tempat mereka bekerja misalnya melalui kenyataan akhbar yang dibuat oleh organisasi itu.

Pengamal perhubungan awam harus cekap dalam tugas seharian, kreatif, berkeyakinan, berani dan mampu berkominikasi dengan pelbagai peringkat masyarakat

Malah pengamal perhubungan awam harus sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat sekiranya diarahkan.

Oleh yang demikian, ADALAH TIDAK TEPAT jika dikatakan untuk menjadi pengamal perhubungan awam, seseorang itu MESTI pandai bercakap (pandai berkata-kata manis dan memujuk) dan mempunyai penampilan diri yang hebat (tampak glamour).