Aku tak gemar akan kucing. Tak faham kucing dan geli dengan kucing. Tapi bila kahwin, suami pula suka kucing. Hanya setelah berkahwin dan berumah sendiri barulah dia berpeluang untuk memelihara kucing. Sebab, ibunya juga tidak gemar akan kucing.

Explorer

1.       Explorer – Dibuang di depan rumah aku bersama dua ekor kembarnya. Baka Burma/Siam. Mata hijau dan tidak berekor. Agak susah untuk kami mengenali dirinya kerana ekor kucing adalah petunjuk akan perasaan diri. Kami beri Whiskas dan semangkuk air sentiasa tersedia. Pasal makan, explorer akan menolak biskut perisa sayur dengan hidungnya. Untuk minum hanya sekali minum maka air itu perlu dibuang selepas itu. Jika aku alpa maka dia sanggup tidak minum air. Mengada-ngada sungguh.

Ning yang berekor panjang

2.       Ning – Asalnya Ning adalah seekor kucing baka tempatan yang sesat mencari makan. Bulunya seperti harimau Cuma belang putih dan kuning. Kalau ikut istilah orang putih warna ‘ginger’. Aku namakannnya Ning sebab warna kuning bulunya. Ning juga adalah istilah untuk anak perempuan dalam bahasa Jawa. Tapi rupanya Ning adalah kucing jantan. Salah tengok jantina. Ning adalah teman untuk explorer.

3.       Tom dan Bel –Setelah Ning hilang, kerana kesiankan Explorer kami ke SSPCA untuk mengangkat anak kucing. Nama Tom dan Bel diberi berdasarkan tompok dan belang. Namun hanya seminggu sahaja mereka bersama kami.  Mereka mati sebab wabak kucing yang dibawa dari SSPCA.

Betty

Ginger

4.       Betty dan Ginger – anak kucing yang dibuang di dalam longkang di rumah sebelah. Rumah itu kosong. Tak sampai hati aku mendengar bunyi kucing memanggil ibunya maka aku menjenguk. Rasanya baru seminggu umur mereka. Ketika itu baru lepas hujan. Kesian…demam rupanya. Kami namakannya Toby dan Jerry. Bila dibawa ke klinik doktor kata ini kucing betina. Pulak dah! Jadi kami hanya terbalikkan nama mereka. Toby = Betty, Jerry = Ginger (doktor yang beri nama).

 

 

 

Kit

Kat

5.       Kit dan Kat – anak kepada Betty. Lahir pada tahun baru Cina 2001. Rupa keduanya seiras dengan Betty dan Ginger. Kit=jantan=Ginger. Kat=betina=Betty. Kit meninggal sebab sakit buah pinggang pada umur 3 tahun. Kat meninggal pada 6 June 2010 akibat tua dan komplikasi sakit buah pinggang.

 

 

 

 

 

 

Tan

6.       Tan – anak kucing siam yang dibuang. Juga di depan rumah. Beri nama Tan sebab jantan. Mulutnya bising, ramah macam Kat. Masa jumpa penuh dengan kurap. Kami bawa ke klinik untuk disuntik. Setiap hari kami menyapu losen ubat ke badannya selama tiga minggu. Setelah gebu, sihat dan cantik, dia dicuri orang sewaktu kami ke Sibu. Waktu itu dia dalam jagaan adik ipar. Menangis teruk adik ipar aku. Sayang sungguh dengan Tan.

Missy mengintai burung di halaman rumah sebelah

7.       Missy – datang  ke rumah mencari makan. Kesian. Perut buncit penuh cacing. Waktu kami jumpa usianya antara dua atau tiga bulan. Bulu Missy adalah campuran tompok dan tabby. Lebih banyak warna kuning. Kami namakan Missy sebab dia datang entah dari mana, betina dan kebetulan aku masih dalam kesedihan kerana keguguran anak  maka nama Missy memang sesuai dengannya. Bila berpindah ke semenanjung pada tahun 2009 kami serahkan Missy dan Kat untuk dijaga oleh mak dan ayah suamiku. Hingga kini hanya Missy saja yang tinggal.

Gambar yang disertakan ada yang asli dan ada yang seiras bulu dan bentuk mukanya.

-SNASH-