Persekitaran organisasi masa sekarang sudah menjadi lebih kompleks, organisasi bertindak balas dalam setiap operasinya dengan mengumpul maklumat. Drucker (2006) menyatakan walaupun organisasi sering menggunakan dan mengumpul maklumat asas sahaja dari masa lalu dan bukannya menggunakan maklumat yang diperolehi itu untuk merancang tindakan pada masa hadapan. Drucker (2006) juga menegaskan bahawa krisis yang sering dihadapi dalam organisasi  adalah perpunca daripada penekanan kepada andaian matlamat kewujudan organisasi berkenaan yang terus-terusan dipertahankan sebagai matlamat yang tidak harus diubah yang mana kebanyakannya ia tidak lagi bersesuaian dengan situasi semasa.

Adalah penting organisasi melakukan pengubahsuaian dan penyemakan kepada peranan, fungsi dan matlamat kewujudan dan operasinya dari semasa ke semasa.

Organisasi pada mas kini dan pada masa hadapan akan menghadapi keperluan untuk melakukan perubahan atau menerima perubahan pada kadar yang kerap (Aghazadeh, 2003).

Persaingan dalam erasa globalisasi dan teknologi akan menjadikan organisasi tidak mempunyai banyak pilihan kecuali memberikan penekanan lebih kepada sumber manusia yang berpengetahuan tinggi dan berperestasi tinggi.

Selain itu, fenomena di mana kebanyakan organisasi akan berusaha untuk meningkatkan keuntungan mereka melalui kerjasama strategik malah melalui penggabungan maka akan terus subur pertmbuhan ekonomi pengetahuan baru yang menghendaki organisasi perlu untuk mencari cara-cara baru untuk terus berdaya saing.

Adakah kita bersedia ke arah itu? Adakah organisasi terbesar di negara kita memilki sumber manusia yang berpengetahuan dan berprestasi tinggi bagi membantu kita (masyarakat) mencapai, merebut dan mencipta ruang dan peluang bagi merealisasikan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang memberikan manfaat terbesar kepada seluruh masyarakat?

Pengetahuan hari ini adalah aspek utama pengeluaran

Pada era pengetahuan (information age) seperti yang kita ketahui dan alami sekarang sebenarnya masih muda lagi. Ekonomi yang berkembang selepas Perang Dunia II mewujudkan aliran di mana ramai sumber tenaga kerja berhijrah dari pertanian ke pembuatan dan kemudian dari sektor pembuatan untuk bekerja di sektor berasaskan perkhidmatan. (Despres, & Hiltrop, 1995).

Keadaan diperhebatkan lagi dengan revolusi teknologi maklumat yang mendorong penciptaan pengetahuan dalam industri.

Untuk mendapatkan dan mengekalkan sumber manusia yang berpengetahuan dan berpretasi tinggi, maka adalah penting organisasi memberikan kepada beberapa elemen yang menjadi pegangan dan harapan atau mungkin juga matlamat bekerja oleh golongan sumber manusia ini iaitu mereka ini memerlukan persekitaran yang subur elemen kebudayaan dan muzik selain mempunyai kemudahan, sukan dan ruang dan peluang bersukan yang baik.

Selain itu, penjagaan anak, sekolah dan pendidikan tinggi dan penjagaan kesihatan juga menjadi pertimbangan utama golongan pekerja ini di samping kos perumahan yang berpatutan dan juga persekitaran kosmopolitan yang turut menawarkan kemudahan pengangkutan yang baik (Yigitcanlar, Baum, and Horton; 2007).

Pekerja pengetahuan memerlukan struktur yang fleksibiliti yang menjadi pemangkin kepada keupayaan mereka untuk berfungsi dengan lebih baik dan melahirkan hasil kerja yang BERPRESTASI TINGGI.