Tags

, , , , , , ,

Ahli – orang yang mahir atau mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang, pakar.

Keahlian – kemahiran dalam sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dan lain-lain).

Berkeahlian – mempunyai keahlian.

Pada hari ini banyak urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, sedangkan orang yang layak untuk menjalankan urusan tersebut tidak diberi peluang yang sewajarnya. Ini bermakna saat kehancuran tidak lama lagi akan terjadi.

Orang yang bukan ahli, tidak berupaya mengendalikan tanggungjawab dan amanah yang diserahkan kepadanya.

Pengertian amanah bererti menempatkan sesuatu pada tempatnya yang wajar, seperti sesuatu kedudukan tidak diberikan kecuali kepada orang yang betul-betul berhak dan yang betul-betul mampu menunaikan tugas dan kewajipannya dengan benar.

Di antara gambaran hilangnya amanat itu ialah diserahkannya urusan orang banyak seperti urusan kepemimpinan,  jabatan dan sebagainya kepada orang-orang yang bukan ahlinya yang tidak mampu melaksanakan dan memeliharanya dengan baik. Sebab menyerahkan urusan tersebut kepada yang bukan ahlinya berarti mensia-siakan hak masyarakat, mengabaikan kemaslahatan mereka, menimbulkan sakit hati dan dapat menimbulkan fitnah di antara mereka.

Apabila orang yang memegang urusan orang banyak ini mensia-siakan amanat, maka orang lain akan mengikuti saja segala kebijaksanaannya. Dengan demikian mereka akan sama saja dengannya dalam mengabaikan amanat, maka kemaslahatan pemimpin atau penguasa merupakan kebaikan bagi rakyat, dan keburukannya merupakan keburukan bagi rakyat.

Selanjutnya, menyerahkan urusan kepada orang yang bukan ahlinya merupakan bukti nyata yang menunjukkan tidak adanya sikap tanggungjawab pada individu.

Menurut laporan Kotzer (2001), ilmu pengetahuan adalah melalui dua telinga dan hanya melalui dua telinga sahaja. Ia sebenarnya berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh pekerja dengan ilmu pengetahuan yang mereka ada. Apabila pekerja berhenti dari sesuatu organisasi, ilmu pengetahuan tersebut akan dibawa keluar bersama, tidak kira berapa banyak pun yang dikongsikan.

Sesebuah organisasi itu akan lebih bersifat dinamik, progresif dan yang paling utama ialah pihak pengurusan atasan bukan lagi merupakan pihak utama yang menentukan segala dasar, polisi dan arah tuju sesebuah perniagaan. Ia kini lebih bersifat kolektif iaitu hubungan strategik antara majikan dan pekerja.

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada gaya kepimpinan yang ada di kalangan pengurus dalam organisasi tersebut. Ini kerana kesediaan dan komitmen orang yang dipimpin dalam organisasi amat bergantung kepada kemampuan pemimpin itu mempengaruhi dan meyakinkan mereka dalam membuat sesuatu tindakan.

Selain itu, kepimpinan yang berkesan memberikan kepuasan kepada pengikut dan ini secara tidak langsung akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.

Memetik kata-kata Lyndall Fownes Urwick (pakar runding pengurusan di UK), ’sekiranya manusia mahu melaksanakan sesuatu tugas dengan penuh semangat dan dedikasi, maka dua syarat perlu dipenuhi. Pertama, objektif sesuatu usaha atau tenaga yang digembelingkan itu mestilah selaras dengan tahap keyakinan semua pihak yang terlibat. Kedua, terdapat satu bentuk kepimpinan yang menjadi sumber inspirasi melalui kaedah latihan dan tunjuk ajar yang berkesan dan positif’. Pernyataan ini menjelaskan bahawa jika seorang pemimpin itu ingin memastikan matlamatnya tercapai, maka kerjasama dan penyatuan dari pengikut adalah penting berdasarkan gaya pimpinannya yang positif dan membina dan dia perlulah seorang yang BERKEAHLIAN.