Memberi teguran adalah sesuatu yang tidak dapat dielakan di dalam hidup kita.

Memberi teguran, kadangkala membawa kesan yang positif, yang mana orang yang ditegur berubah kepada kebaikan. Tetapi jika kaedahnya tidak efektif, kesan yang berlaku adalah kepada arah yang negatif pula dan berkemungkinan orang yang ditegur akan semakin menjauhi kita.

Sememangnya ramai di kalangan kita yang percaya aktiviti menegur orang lain adalah aktiviti yang baik kerana ia mempunyai banyak manfaatnya. Kita berasa yakin bahawa fungsi utama teguran dan kritikan ialah membantu orang yang ditegur dapat memperbaiki dirinya. Kita percaya kritikan yang bermanfaat ialah kritikan yang membina, iaitu kritikan yang bertujuan membawa kebaikan dan berlandaskan keyakinan itu kita sering kali menggunakan kaedah untuk menegur kesilapan-kesilapan dan kelemahan-kelemahan orang lain.

Berbuat demikian mengukuhkan pandangan kita bahawa mereka yang ditegur dapat mengambil tindakan bagi membetulkan kesilapannya dan memperbaiki kelemahannya.

Kebanyakan pakar percaya aktiviti kritikan yang membina banyak faedahnya. Namun ada pakar yang percaya, tidak ada kritikan yang membina kerana pada dasarnya semua kritikan bersifat ‘merosakkan’ kerana semua jenis teguran dan kritikan adalah sejenis maklum balas negatif.
Kita dapat membantu rakan sejawat dan orang bawahan menaikkan prestasi tanpa menegur dan mengkritik mereka kerana kritikan tidak sentiasa mendorong orang yang dikritik menjadi lebih baik.

Perlu diingat bahawa sebenarnya kebanyakan kita tidak berupaya menerima kritikan dengan terbuka. Ini yang sering berlaku iaitu apabila dikritik, kita akan sedaya mungkin mempertahankan diri, kedudukan dan prinsip dan dengan kata lain – kita menolak kritikan.

Mengapa begitu jadinya? Ini berkemumgkinan besar dan sebemangnya ini adalah factor utama iaitu  cara bagaimana kritikan itu dilafazkan yang mana kritikan yang dikemukakan tidak dapat membezakan antara individu (orang) atau isu yang dikritik yang mana akhirnya kritikan atau teguran itu lebih menjurus kepada peribadi orang berkenaan bukannya perbuatan atau tingkah lakunya (isu) yang hendak diperbaiki.

Yang menjadi lebih malang apabila yang sepatutnya kritikan atau teguran menjadi tuduhan.

Dalam organisasi jika keadaan ini sering berlaku, maka ia akan menyebabkan konflik di antara pekerja sesame mereka dan jiga dengan pihak pengurusan yang akhirnya akan menjejaskan prestasi pekerja berkenaan dan juga prestasi organisasi keseluruahannya.

Bagi kebanyakan ketua atau pengurus di organisasi, apabila situasi ini wujud dan sukar dibendung, ramai yang mengambil langkah mudah dengan mengeluarkan masalah berkenaan dan dalam kes yang melibatkan pekerja bawahan, si malang itu akan ditukarkan ke bahagian lain atau lebih malang lagi ditamatkan perkhidmatannya.

Patutkah demikian?

Masalah sememangnya sentiasa ada dan kita tidak boleh lari daripada menghadapinya.  Masalah akan terus wujud kalau kita cuba buangkannya tanpa diambil perhatian untuk menyelesaikan punca wujudnya masalah berkenaan.

Apa yang perlu dan yang sebijak dan sewarasnya dilakukan adalah meneliti dan membincangkan penyelesaian dan mencari kesepakatan bagi mengatasinya.

Sikap toleransi namun tegas dalam membuat keputusan dan mencari penyelesaian amat penting.

Tiada masalah yang tiada penyelesaiannya.  Hanya keupayaan dan kesungguhan dari diri kita sendiri untuk memikir dan mencari kaedah penyelesaian yang terbaik sahaja yang dapat merungkaikannya.

Oleh itu, adalah penting bagi semua kita untuk memikirkan atau sekurang-kurangnya memahami situasi sebelum kita membuka mulut untuk MENEGUR.