Istilah prestasi kerja mengandung berbagai pengertian.

Prestasi menurut Prabowo (2005) merujuk kepada tingkat keberhasilan yang dicapai seseorang untuk mengetahui sejauh mana seseorang mencapai prestasi yang diukur atau dinilai.

Suryabrata (1984) pula menyatakan bahawa prestasi adalah juga suatu hasil yang dicapai seseorang setelah ia melakukan suatu kegiatan.

Dalam dunia kerja, prestasi kerja disebut sebagai work performance (Prabowo,2005).

Definisi prestasi kerja menurut Lawler(1991) adalah suatu hasil yang dicapai oleh karyawan dalam mengerjakan tugas atau pekerjaannya secara efisien dan efektif. Lawler & Porter (1991) menyatakan bahwa prestasi kerja adalah kesuksesan kerja yang diperoleh seseorang dari perbuatan atau hasil yang bersangkutan.

Dari pandangan yang lebih luas, Jewell & Siegall (1990) menyatakan bahwa prestasi merupakan hasil  sejauh mana anggota organisasi telah melakukan pekerjaan dalam rangka yang memuaskan organisasinya.

Hasibuan (1990) pula menyatakan adalah suatu hasil kerja yang dicapai seseorang dalam melaksanakan tugas-tugas yang dibebankan kepadanya yang didasarkan atas kecakapan, pengalaman, kesungguhan, serta waktu.

Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa untuk mengukur prestasi atau prestasi kerja, maka sesebuah organisasi itu perlu ada sistem dan sistem ini pula perlu dikendalikan dan diselanggarakan dengan sempurna oleh tenaga kerja yang dimilikinya.

Keberkesanan dan kecekapan tenaga kerja yang dimiliki akan adalah penentu kejayaan organisasi.  Maka persoalan yang MUNGKIN sering timbul ialah mengapa seseuatu organisasi itu lembab dan lambat bertindak?

Jawapnya mudah – kerana organisasi berkaitan tidak tahu menggunakan sumbernya dengan sepatutnya sehinggakan ia merosakkan sistem.

Persoalan seterusnya – mengapa tidak diambil tindakan pembaikan atau pemulihan?

Jawapnya lagi mudah – sebab jahil dan enggan berubah.

Sesebuah organisasi yang besar bukannya tidak fleksibel tetapi tenaga kerjanya yang tidak fleksibel yang menjadi ketumbuhan melarat yang merosakkan seperti dedap dapat pokok kayu – mencengkam dan menghisap habis segala sumber yang diperolehi oleh si pokok sehingga akhirnya si pokok mati meninggalkan rongga kosong di dalamnya.

Itu hakikat yang berlaku.  Kerana kebanyakan yang menyertai organisasi adalah kerana mahu merealisasikan GTP (Gaji Tanpa Prestasi).