Sukar tetapi bukannya susah untuk melaksanakannya.

Belum cuba belum tahu – ayat yang amat BASI tapi itu adalah hakikatnya.

Kebanyakan kita tidak mahu mencuba melainkan percubaan itu telah dilakukan leh orang lain.  Kita lebih senang utuk menggunakan keputusan atau hasil yang telah diperolehi bagi kepentingan dan kesenangan diri kita.

Keadaan ini ini mungkin benar kerana kita sering disogokkan dengan : belajar dari pengalaman yang mana pengalaman orang lain kerana jika kita tidak pernah melaluinya maka bagaimana kita tahu untuk mempelajarinya dari pengalaman?!

Namun kebanyakan kita lebih gemar makan gaji buta – biar orang yang berpengalaman yang melakukannya dan kita goyang kaki menumpang sekaki.

Itu adalah hakikat kehidupan kita.  Boleh terima?  Pasti sebenarnya tidak boleh.  Akan tetapi apa pilihan yang ada?

Malang sekali kita sebenarnya tidak ada pilihan.  Lihat sahaja organisasi yang kononnya menjadi pemudah cara kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian agar kita lebih makmur dan dapat melaksanakan tugasan yang akan memberikan kemakmuran kepada orang lain sebenarnya lebih mementingkan bagaimana kita – masyarakat dapat memakmurkan mereka.

Hairankan?

Akan tetapi itu adalah hakikatnya sehinggakan terpaksa didokumentasikan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang merupakan suatu dokumen perhubungan awam yang amat jelek.

PIN seperti juga pengertian dan anggapan logik adalah tidak ubah melaksanakan peranannya sebagai alatan yang hanya menjadi penyemat dan pelindung kepada sesuatu yang boleh memalukan buat sementara.

Kita – masyarakat umum – dipaksa menerima sesuatu yang hanya sementara sebagai racun yang akan menjalar di dalam sistem tubuh kita yang mana apabila sudah sampai ke organ-organ penting kita ia akan terkumpul dan menjadi dos yang membawa maut.

Ketika itu kita sudah tidak berdaya untuk berubat untuk membuangnya.

Kita didoktrinkan bawa elemen integriti penting dalam setiap peringkat kehidupan dan lapisan masyarakat dan diminta untuk mengamalkannya agar Negara tercinta ini akan terus maju dan berdaya saing.

Benarkan begitu?  Penerimaan dan pengamalan PIN seharusnya sudahpun berjaya dan tidak lagi menjadi isu dan negara ini sudah berjaya berdaya saing malah sudah menjadi peneraju ekonomi dunia.

Akan tetapi mengapa tidak begitu yang kita alami?  Ini kerana doktrin itu tidak terlaksana dengan sempurna.

Jika kita – masyarakat umum – sahaja yang mesti melaksanakannya sedangkan jentera yang menjadi pemudah cara kepada pembangunan negara ini leka. Lalai malah tidak peduli PIN pun dan itu adalah jawapannya.

Selama mana kita – masyarakat umum – harus terus bertahan?  Sukar tetapi bukannya susah untuk melaksanakannya. Fikirkan ….