1. Di Sabah, seorang bapa menggilirkan kehadiran 6 anaknya ke sekolah kerana tidak mampu membayar tambang pengangkutan. Sehari hanya seorang yang boleh ke sekolah. Keinginan untuk belajar membara, apakan daya sekolah jauh sangat dari rumah.

2. Di Sarawak, untuk ke sekolah anak-anak ini berjalan kaki berbatu-batu melalui hutan dan ladang untuk ke sekolah. Tak perlu kasut cantik. Lebih baik berselipar saja. Bangun awal pagi, sampai rumah jugak lewat. Tapi masuk jugak universiti.

3. Di sebuah bandar di Selangor, sekolah depan rumah. Maklumlah dalam kawasan taman perumahan. Budak-budak liat nak ke sekolah. Motor ada, bas ada, tambang penuh, tapi tak sampai pun ke sekolah.

* Panjang cerita sebenarnya, tapi semua diringkaskan. Kalau tak faham sosio ekonomi, geografi, orang akan ambil mudah. Pengangkutan ke sekolah di pulau Borneo mungkin perahu, bot melalui sungai, van atau pick up untuk jalan raya, itu pun kalau ada jalan. Berapa kos? Darab jumlah anak? Belum sampai sekolah, budak-budak tu dah kelelahan dalam perjalanan ke sekolah. Satu km memang jauh untuk kawasan pedalaman.

-SNASH-