1. Ada seorang kawan saya berbangsa Melayu dan fasih berbahasa Mandarin.
  2. Bila ditanya macam mana boleh fasih berbahasa Mandarin.
  3. Mudah! Sekolah JKC yang paling dekat dengan rumah.
  4. Di Sarawak, kalau rumah jauh dari bandar, memang jauh dari segala-galanya termasuklah sekolah.
  5. Bapanya menghantar ke sekolah Cina memandangkan ianya hanya 1.5 km dari rumah.
  6. Syukur dengan kebolehan itu beliau senang mendapat peluang pekerjaan.
  7. Hinggakan sewaktu pertama kali berjumpa dengannya saya sangka beliau seorang Cina.
  8. Kalau cakap Melayu pula hanya bahasa Melayu Sarawak.
  9. Ditakdirkan pula beliau berkahwin dengan seorang pemuda Cina Hokkien dan Peranakan.
  10. Suaminya tidak pandai berbahasa Mandarin sebab beliau bersekolah kebangsaan.
  11. Jadi kedua-duanya bertutur dalam bahasa Melayu Sarawak memandangkan kawan saya tidak fasih berbahasa Inggeris.
  12. Teringat satu cerita sewaktu keluar makan berdua.
  13. Si pelayan menyapa pelanggan (suami) dalam bahasa Mandarin.
  14. Suaminya terpinga-pinga akhirnya kawan saya mencelah membetulkan keadaan.
  15. Raut wajah pelayan tersebut penuh persoalan. Siapa yang Cina sebenarnya?

-SNASH-